fbpx

79 PATI dicekup tak sempat masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang ditahan semasa cuba menyeludup masuk ke negara ini menggunakan bot pom-pom.

SABAK BERNAM – Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup masuk 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan bot pom-pom pada kedudukan 4.8 batu nautika dari Kuala Sungai Besar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, PPM turut menahan seorang tekong serta empat awak-awak warga Indonesia. Mereka yang ditahan berusia 16 hingga 55 tahun.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, PATI terbabit dipercayai membayar sebanyak RM1,800 seorang kepada ejen di Indonesia untuk memasuki negara ini.

“Hasil siasatan mendapati tekong dan ejen aktif menguruskan migran sejak sebulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua 84 warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI