fbpx

Perompak curi keju bernilai RM93,778

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH 1,587.57 kilogram keju bernilai RM93,778 dicuri dari ladang Torenpolderkaas di Belanda. - Knud Nielsen

AMSTERDAM – Sekumpulan penjenayah di Belanda melarikan keju bernilai £17,000 (RM93,778) dalam satu kejadian rompakan produk tenusu yang pelik sehingga menyebabkan ramai petani berjaga-jaga, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Rompakan yang berlaku pada minggu lalu di ladang tenusu Torenpolderkaas, wilayah Noord Brabant itu menyaksikan pemilik ladang tersebut hilang 1,587.57 kilogram keju apabila sekumpulan penjenayah menceroboh masuk dan memuatkan keju yang dirompak ke dalam  bas mereka.

Walaupun  kelihatan aneh, risiko rompakan keju dilaporkan sudah diketahui oleh petani tenusu di Belanda sehingga ditakuti berlaku kepada mereka.

“Kami agak takut dengan perkara ini. Mereka tidak segan untuk memasuki ladang keju dan menggunakan kekerasan. Dalam masa yang singkat, mereka mengisi bas mereka dan beredar. 

“Sudah tentu tidak menyenangkan jika pencuri berada di halaman rumah anda. Kami sangat tahu betapa sukar dan rumit untuk membuat  keju,’’ kata pengerusi Persatuan Penyedia Ladang Tenusu Belanda, Theo Dekker.

Dekker menambah, keju boleh menjadi bahan rompakan yang menarik kerana mempunyai nilai dan boleh diangkut ke luar negara serta dijual pada harga lebih rendah.

Beliau turut menjelaskan bahawa kumpulan perompak itu sudah memerhatikan kedai di ladang itu beberapa hari sebelum kejadian supaya dapat memahami sasarannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI