fbpx

Penjual pisang goreng tular wajah setampan pelakon Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik gerai pisang goreng ini sempat melayan permintaan pelanggan yang mahu bergambar dengan dirinya. - Instagram

SURABAYA – Seorang penjual gerai tepi jalan di Surabaya, Indonesia menjadi tular apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dari Korea Selatan, lapor laman Solopos, hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman instagram @lambre_tuah, ramai  pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata mahu bergambar dengan pemuda itu.

Lelaki berbadan sasa dan berkulit putih itu menjual pelbagai snek tradisional bergoreng seperti pisang goreng, tempe goreng dan avokado goreng.

Nama gerai lelaki itu juga seperti sepadan dengan ketampanan wajah pemiliknya iaitu ‘Gorengan Penggoda Iman’.

Menurut pemuda itu, dia tidak menyangka video yang menunjukkan dia sedang menjual kentang goreng tular di media sosial.

Dia juga tidak menyangka ramai yang menghargai video tersebut.

“Terima kasih semua atas penghargaan ini. Saya tidak sangka ia mendapat sambutan hebat daripada netizen,” tulisnya di laman Instagram @lie_buntaran. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI