fbpx

Lelaki melecur 70 peratus tong gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran selepas tong gas LPG meletup sehingga menyebabkan seorang lelaki melecur dalam kejadian di Jalan Teratai 77, Taman Johor Jaya, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Badan seorang lelaki melecur 70 peratus selepas tong gas LPG di rumahnya di Jalan Teratai 77, Taman Johor Jaya di sini meletup.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 12.45 tengah hari ini.

Sehubungan itu katanya, seramai 15 pegawai dan anggota beserta empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya dan Tebrau dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian yang merupakan sebuah rumah teras dua tingkat, didapati seorang lelaki berusia 49 tahun cedera dan sebahagian rumah terbakar akibat tong gas LPG meletup.

“Kebakaran berjaya dipadamkan, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Saifulbahri, operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 1.41 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI