fbpx

Litar Sepang kembali ‘mengaum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Litar Antarabangsa Sepang
MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH
WARTAWAN EKSEKUTIF

FASA Peralihan Endemik pada awal bulan ini bukan sahaja menggembirakan rakyat Malaysia, malah memberi kelegaan kepada industri sukan negara khususnya Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dua tahun sepanjang pandemik, SIC berdepan kekangan untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa sekali gus memberi kerugian besar kepada litar kebanggaan negara tersebut.

Kali terakhir SIC dihadiri penonton pada November 2019 iaitu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP). Ketika itu, 100,000 penonton hadir untuk menyaksikan perlumbaan berprestij itu.

Akibat Covid-19, MotoGP atau lebih dikenali sebagai Grand Prix (GP) Malaysia yang dianjurkan sejak 1999 dibatalkan dua kali pada 2020 dan 2021. Kini, SIC lega apabila dapat kembali menganjurkan kejohanan itu November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif melahirkan rasa lega dengan pengumuman fasa peralihan ke endemik.

“Bukan mudah bagi SIC kerana kita berdepan kerugian yang amat ketara. Bagaimanapun, istilah berputus asa tiada dalam diari saya kerana dikelilingi staf terbaik dan bersemangat.

“Pelbagai perancangan dilakukan untuk memastikan SIC dapat bertahan mengharungi pandemik. Dengan fasa peralihan endemik ini, perancangan dapat dijalankan dan sekali gus dapat memberi hasil kepada SIC untuk menampung kerugian lalu.

“Ia sekali gus memberi nafas baharu kepada Sepang untuk menganjurkan semula kejohanan antarabangsa dengan kehadiran penonton berkapasiti penuh terutama di GP Malaysia nanti.

“Pastinya ada kejutan menje­lang GP Malaysia nanti, apa pun kita harap semua pihak seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kementerian yang lain dapat bersama-sama kita sekali lagi dapat menjayakan kejohanan antarabangsa pertama di SIC nanti.

“Kita dapat menunjukkan kepada semua bahawa Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya menganjurkan MotoGP pada November ini,” katanya.

Azhan menambah, pihaknya juga ingin merakyatkan litar kebanggaan negara itu dengan menganjurkan kejohanan selain sukan permotoran dan mampu menarik golongan belia ke SIC.

“Seperti dahulu, kita pernah menganjurkan konsert dan akan mengembalikan acara seperti ini untuk memeriahkan kembali SIC. Ketika ini kita bercadang untuk menarik minat belia-belia ke SIC bukan sahaja sukan permotoran tetapi juga sukan berbasikal dan larian.

“Fasa peralihan ke endemik ini kita pastinya bercadang untuk memberi pengalaman baharu kepada pengunjung. Saya harap 2022 dapat memberi sinar baharu kepada SIC,” kata beliau.

Selepas fasa peralihan ke endemik, Sepang menerima khabar baik apabila SIC kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan tersebut.

Pemegang hak MotoGP Dorna Sports ketika mengumumkan pusingan di Malaysia akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini memaklumkan semua pihak terlibat sudahpun berbincang untuk me­lanjutkan perjanjian hingga 2026.

Sejak 1999, SIC menjadi litar kegemaran peminat dan juga pelumba dengan dua laluan lurus panjang, gabungan selekoh berbeza-beza dan kompleks grandstand utama yang menakjubkan, serta mementaskan 20 GP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI