fbpx

Hanya 2,069 permohonan pekerja asing lulus setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya 2,069 daripada 475,678 permohonan pekerja asing yang lulus setakat ini dengan majikan-majikan masih belum menerima kebenaran untuk membayar levi berkaitan pengambilan tenaga kerja tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. N. Sukumaran berkata, ia sekali gus membuktikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) gagal menjalankan fungsinya dengan baik.

“Perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan para majikan sedang merintih ekoran masalah ini, bahkan Kementerian Sumber Manusia seakan-akan sedang menunggu sistem itu untuk berfungsi dengan sempurna.

“Sejak Januari lalu, tiada arah tuju jelas berkaitan arahan pengambilan pekerja asing dan sistem yang boleh memainkan peranan dengan baik bagi menguruskan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Sukumaran berkata, pihaknya tidak pasti sama ada pekerja asing akan berjaya dibawa masuk ke dalam negara sehingga hujung tahun ini, sekali gus menyumbang kepada lebih ramai syarikat gulung tukar.

Justeru, dia mencadangkan agar proses pengambilan pekerja asing dijalankan secara manual pada kadar segera dan tidak hanya bergantung kepada sistem tersebut semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI