fbpx

EB agih 1,000 pek cenderahati di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan masjid menunjukkan pek nuget ayam tempura keluaran EB. – SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran syarikat makanan sejuk beku, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) dan Media Mulia Sdn. Bhd. di Masjid Zahir di sini kelmarin menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan warga bandar raya ini.

Program yang bermula dengan aktiviti gotong-royong memasak juadah melibatkan kakitangan masjid sehingga ke proses agihan berjalan dalam suasana meriah sekali.

Turut diagihkan bersama sebagai pek cenderahati adalah nuget ayam tempura dan ‘ring roll’ keluaran EB.

Sebanyak 1,000 beg cenderahati diagihkan kepada orang ramai secara pandu lalu di hadapan masjid itu bermula pada pukul 3 petang.

Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, Masjid Zahir adalah lokasi kedua program tersebut selepas Masjid Wilayah Kuala Lumpur dan merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

“Program ini bertujuan menghargai penduduk Kedah terutama di bandar raya ini.

“EB mempunyai kilang di Kulim, jadi sudah tentu orang Kedah tidak boleh ketinggalan menikmati makanan ini. Kami juga mengambil peluang ini untuk mempromosikan produk EB kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Zahir kelmarin.

Kakitangan EB dan Masjid Zahir mengagihkan pek cenderahati kepada orang ramai di pekarangan masjid itu di Alor Setar kelmarin.

Nurul Fatihah berharap sajian bubur lambuk, nuget ayam tempura dan ‘ring roll’ dapat menceriakan penduduk Kedah.

Lokasi agihan seterusnya adalah di Masjid Mua’dz Bin Jabal Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 11 April, Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda (18 April), Masjid Kampung Baru (25 April) dan Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru (28 April).

Bersempena Aidilfitri, EB juga menganjurkan pertandingan Spend and Win bertemakan ‘Ini Barulah Raya’ yang menawarkan hadiah wang tunai dalam bentuk e-dompet.

Pelanggan perlu membeli produk EB sekurang-kurang RM30 dalam satu resit dan memuat turun resit ke dalam aplikasi WhatsApp bernombor 012-915 6807 serta mengisi maklumat dikehendaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI