fbpx

Doktor keluarkan lebih 12 ulat daripada mata lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI berusia 53 tahun itu bekerja di luar berhampiran ladang biri-biri apabila dia merasakan sesuatu terbang ke matanya. - nejm.org

PARIS – Sepasukan doktor di Perancis terpaksa mengeluarkan lebih 12 ulat kecil daripada permukaan mata seorang lelaki dengan menggunakan forsep, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kes yang disiarkan pada Rabu lalu dalam penerbitan The New England Journal of Medicine itu berlaku kepada seorang lelaki Perancis yang berusia 53 tahun.  

Lelaki itu sedang bekerja berhampiran sebuah ladang ternakan biri-biri apabila dia berasa sesuatu terbang ke dalam matanya dan kemudian berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan

Lelaki itu memaklumkan bahawa mata kanannya menjadi kemerah-merahan dan gatal. Mereka mendapati larva lalat biri-biri merayap di dalam mata lelaki berkenaan. 

Haiwan itu kebiasaannya membiak di dalam lubang hidung biri-biri dan kambing di mana ia akan matang sebelum jatuh ke tanah untuk menjadi pupa di persekitaran luar. Ia kemudian akan berubah menjadi lalat dewasa.

Kadang-kadang, induk lalat akan terbang ke mata manusia yang akan menyebabkan penyakit dipanggil oftalmomyiasis. Pancang tebal pada badan larva akan menyebabkan kerengsaan dan melecet pada permukaan mata manusia. 

Ia akan menyebabkan mata menjadi kemerahan, gatal, bengkak, berair dan rasa benda asing berada di mata. Dalam kes yang jarang berlaku pula, larva akan bersembunyi di dalam bola mata dan merosakkan penglihatan.

Lelaki itu disahkan hanya mengalami ophthalmomyiasis luaran, bermakna larva itu tidak masuk ke dalam bola matanya. 

Doktor memaklumkan penglihatan pada kedua-dua mata lelaki itu adalah normal tetapi mata kanannya merah dan keradangan. Mereka memeriksanya selepas 10 hari kemudian dan dia kembali normal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI