fbpx

Britain mungkin laksanakan semula perintah berkurung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan adalah tidak bertanggungjawab jika tidak melakukan perkara yang betul untuk menyelamatkan nyawa. - AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson tidak teragak-agak untuk mengenakan perintah berkurung di negara itu jika lebih banyak varian Covid-19 yang lebih membawa maut muncul, lapor akhbar Metro UK semalam.

Beliau menegaskan bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk menolak kemungkinan tindakan drastik itu dilakukan jika ia boleh menyelamatkan nyawa. Komen itu dibuat ketika negara itu merasakan kesan daripada penularan varian baharu Omicon.

Walaupun gejala-gejala secara amnya kurang teruk berbanding varian terdahulu, kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di Britain berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2021.

Kebanyakan negeri termasuk Scotland terus menyaksikan peningkatan kes positif dengan kira-kira 4.8 juta orang dalam isi rumah dijangkiti Covid pada minggu lalu, demikian menurut Pejabat Statistik Nasional (ONS).

Di England, sekitar satu daripada 13 orang berkemungkinan positif Covid-19 dalam tempoh seminggu sehingga 2 April lalu atau seramai 4.1 juta orang.

Johnson menyebut kemungkinan untuk melaksanakan perintah berkurung sekiranya lebih banyak varian muncul.

“Saya fikir adalah tidak bertanggungjawab mana-mana pemimpin dalam mana-mana negara  demokrasi untuk mengatakan bahawa mereka akan menolak sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa,’’ katanya dalam satu temu bual bersama GB News.

Kerajaan Britain dianggar telah membelanjakan sebanyak £410 bilion (RM2.2 trilion) untuk menangani Covid-19 sejak Mac 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI