fbpx

5,000 penduduk awam terbunuh di Mariupol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemadangan dari udara keadaan bandar Mariupol yang dikepung oleh tentera Rusia. -AFP

MOSCOW – Datuk Bandar Mariupol yang baharu dilantik oleh tentera Rusia mengumumkan kelmarin bahawa kira-kira 5,000 penduduk awam terbunuh di bandar dalam kepungan itu di tenggara Ukraine.

“Sekitar 60 hingga 70 peratus rumah sama ada musnah sepenuhnya atau separa musnah,” kata Konstantin Ivashchenko.

Beliau dinamakan sebagai Datuk Bandar Mariupol pada Rabu lepas oleh Denis Pushilin iaitu pemimpin puak pemisah di rantau Donetsk.

Dipetik agensi berita Rusia, TASS, Ivashchenko berkata bahawa seramai  250,000 orang telah meninggalkan Mariupol.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Ukraine menganggarkan seramai 5,000 orang awam terbunuh di Mariupol tetapi berkata, angka kematian sebenar di bandar itu mungkin mencecah  puluhan ribu penduduk awam. 

Menurut pihak berkuasa Ukraine, 90 peratus bandar pelabuhan itu musnah akibat serangan tentera Rusia.

Tentera Rusia dan militia pemisah mengepung dan menyerang Mariupol selama berminggu-minggu tetapi berdepan penentangan sengit tentera dan pejuan Ukraine.

Menurut kedua-dua belah pihak, situasi kemanusiaan di Mariupol adalah sangat menyedihkan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI