fbpx

14,944 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 14,944 kes Covid-19 dilaporkan semalam dengan 104 kes import, menjadikan jumlah terkini sebanyak 4,307,529 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 14,045 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,113,831 kes.

Katanya, sebanyak 66 kes kategori tiga, empat dan lima manakala mengikut pecahan, kategori satu (9,341 kes), kategori dua (5,537 kes), kategori tiga (31 kes), kategori empat (16 kes) dan kategori lima (19 kes).

“Daripada 66 kes kategori tiga, empat dan lima, 11 kes (16.67 persatus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 35 kes (53.03 peratus) telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Seterusanya, 20 kes (30.30 peratus) telah menerima dos penggalak, 33 kes (50.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 32 kes (48.48 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 206 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 109 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengikut data pada laman web CovidNow, sebanyak 31 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,259 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,449 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI