fbpx

Wanita hamil tidak sedar lahir anak dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VENISE melahirkan bayi lelakinya di dalam tandas hotel kerana menyangka sakit perut yang dialaminya adalah cirit-birit. – Daily Star

BATON ROUGE, LOUISIANA – Seorang wanita Amerika Syarikat yang menyangka dia mengalami cirit-birit telah melahirkan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah hotel, lapor akhbar Daily Star semalam.

Victoya Venise dari negeri Louisiana sedang hamil 37 minggu apabila kejadian yang sukar dipercayai itu berlaku ketika dia dalam perjalanan kerja di Georgia.

Gejala sakit perutnya bermula pada 1 April lalu dan wanita itu fikir dia mengalami cirit-birit berjangkit seperti anak perempuannya yang berusia empat tahun.

“Saya baru pulang dari rawatan kecemasan bersama anak perempuan saya dan dia mengalami cirit-birit. Ketika saya sedar, bayi saya mahu keluar dan bukannya najis, ia sudah terlambat,’’ kata Venise kepada stesen televisyen WXIA-TV.

“Saya berpaling dan ia adalah bayi dan saya terkejut. Saya kemudian dengan pantas menarik dia keluar daripada lubang tandas,’’ jelas wanita itu kepada stesen televisyen FOX 5 Atlanta.

Venise pada asalnya mahu menyerahkan bayi itu untuk dijadikan sebagai anak angkat, namun kemudian memutuskan untuk menjaganya setelah merasa terikat dengannya. Dia menamakan bayi lelaki itu Rocky sempena nama datuknya.

“Saya jumpa tuala dan bungkus dia. Saya duduk di tandas dan menelefon ibu saya. Dia kemudian menyuruh saya menghubungi 911,’’ tambah Venise. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI