fbpx

‘Tomboy’ didakwa dagang peminta sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL Hidayah Md. Nor (baju hitam, kiri) bersama peguamnya, M.Haresh (kanan) di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang wanita berperwatakan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang individu untuk meminta sedekah di tempat awam pada tahun lalu.

Tertuduh, Nurul Hidayah Md. Nor, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Nurul Hidayah yang bekerja sebagai pemandu teksi didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi maksud eksplotasi yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Tertuduh menyuruh lelaki itu meminta sedekah di tempat awam sedangkan mangsa mempunyai mata pencarian yang lain.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Seremban dan Senawang pada Mei 2021 hingga 7 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa serta perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran. Sebutan semula kes pada 24 Mei ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI