fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, cuaca tidak menentu itu akan berlanjutan sehingga pukul 10 pagi nanti.

“Di negeri Sarawak, ia melibatkan kawasan di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu, bagi negeri Sabah antara kawasan yang terjejas ialah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat,” katanya hari ini.

Tambahnya, keadaan cuaca buruk itu juga melibatkan seluruh kawasan di Labuan.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI