fbpx

Pura-pura datang solat untuk pecah tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan suspek yang dipercayai memecah tabung Masjid Padang Darat, Kota Bharu petang semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki berpura-pura datang ke masjid untuk menunaikan solat zohor sebelum memecah tabung di Masjid Padang Darat, Kampung Padang Darat di sini petang semalam.

Kejadian pada pukul 3.45 petang itu disedari jemaah masjid selepas melihat serpihan tabung yang berselerak akibat diumpil oleh suspek menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Imam Masjid Padang Darat, Mat Yaacob Mat Said, 72, berkata, dia mengetahui kejadian itu semasa datang ke masjid untuk mengimamkan solat asar.

Menurutnya, tiada jemaah yang menyedari kejadian itu, namun ada penduduk melihat seorang lelaki menunggang motosikal singgah dan masuk ke dalam masjid berkenaan untuk menunaikan solat zuhur.

“Tabung itu dilekatkan pada dinding yang terletak di belakang ruang solat lelaki. Selepas melihat serpihan tabung berselerak, jemaah masjid terus memeriksa CCTV dan melihat seorang lelaki sedang mengumpil tabung dengan peralatan yang dibawanya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam tabung itu mendapati kesemua wang derma di dalamya lesap. Jumlah kerugian tidak dapat ditentukan kerana tabung itu tidak dibuka dalam tempoh 15 hari,”katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Padang Darat hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan operasi bagi mengesan suspek terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI