IPOH – Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkaitan penjualan tanah bagi pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Perak Tengah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan tersebut dirujuk kepada SPRM kerana siasatan kes itu di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
“Saya mengesahkan satu laporan polis diterima daripada seorang individu tentang isu tersebut. Kita rujuk laporan itu kepada SPRM kerana melibatkan siasatan di bawah bidang kuasa mereka,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi berkata, pihaknya belum memanggil mana-mana individu untuk siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Katanya, setakat ini, pihaknya sedang melakukan kajian ke atas dokumen yang diberolehi daripada beberapa agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE