fbpx

Pembantu pegawai agensi kerajaan direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu pegawai sebuah agensi kerajaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu pegawai sebuah agensi kerajaan direman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Melody Woon Sze Moon.

Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memakai baju lokap dan tangan bergari kira-kira pada pukul 8.40 pagi.

Semalam, suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 12.30 tengah hari selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, lelaki tersebut yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek bermula pada tahun 2020 sehingga tahun lalu.

Lelaki itu berbuat demikian sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek yang hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI