fbpx

Moon Gayoung menangis kerana Big Bang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOON GAYOUNG

NAMPAKNYA kerinduan peminat terhadap kumpulan legenda K-pop, Big Bang terubat selepas naskhah berjudul Still Life diluncurkan Selasa lalu.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut, ada juga peminat kumpulan itu yang berasa sebak dan tidak dapat menahan air mata.

Itu antara yang dihadapi pelakon jelita Korea Selatan, Moon Gayoung yang tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas mendengar lagu terbaru Big Bang.

“Benar, saya yang menangis selepas menonton video muzik lagu Still Life tersebut.

“Lagu itu membuatkan saya betul-betul rasa sayu dan teringat akan setiap anggota mereka. Big Bang sudah jadi sebahagian daripada hidup saya,” tulisnya dalam InstaStory.

Pada hantaran berbeza, selebriti berusia 35 tahun itu juga turut memuat naik paparan skrin menunjukkan dirinya sedang mendengar lagu tersebut menerusi laman penstriman popular, Spotify.

Untuk rekod, selepas empat tahun menyepi, Big Bang kini muncul dengan sebuah album sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI