fbpx

K2

Makanan lebih enak dengan Sos Tiram Mahsuri dan Kicap Manis Pedas Mahsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAGING goreng kicap dengan kentang antara juadah yang enak untuk berbuka puasa dan bersahur.

RAMADAN semamangnya bulan yang dinantikan-nantikan oleh semua umat Islam di negara ini kerana berpeluang untuk menambah lagi amal ibadah dan mengumpul pahala.

Selain itu, di bulan yang mulia ini juga ia menjadi masa terbaik buat satu sekeluarga berkumpul bersama untuk berbuka puasa serta bersahur.

Namun begitu, kadangkala menjadi satu masalah buat kaum ibu terutamanya untuk memikirkan tentang juadah untuk berbuka dan bersahur buat seisi keluarga.

Sebenarnya pelbagai menu boleh dihasilkan dengan mudah terutamanya dengan menggunakan produk Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri Food) seperti Sos Tiram Mahsuri dan Kicap Manis Pedas Mahsuri.

Antara menu ringkas yang boleh dihasilkan sama ada untuk berbuka puasa ataupun bersahur dengan menggunakan produk tersebut adalah daging goreng kicap dengan kentang dan nasi goreng hitam manis.

Resipi Daging Goreng Kicap Dengan Kentang

Bahan A:
500g daging batang pinang (dihiris nipis)
50g Sos Berperisa Tiram Mahsuri
50g Kicap Manis Pedas Mahsuri

Bahan B:
Kentang dipotong dadu (digoreng dan diketepikan)

Bahan C:
50g bawang merah
20g bawang putih
30g lobak merah (dipotong kecil)
30g kubis bunga
30g jagung muda
50g daun bawang putih
50g kacang panjang (dipotong kecil)

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan A dan perapkan selama 2 jam.
Gorengkan daging yang diperap sehingga masak dan masukkan semua bahan B dan bahan C dan kacau seketika.
Angkat dan toskan sebelum hidang.

 

NASI goreng hitam manis antara menu ringkas yang boleh dihasilkan.

Resipi Nasi Goreng Hitam Manis

Bahan-bahan:
500g nasi putih
20g bawang putih
20g bawang merah
100g campuran isi udang dan ayam
20g pes cili
20g Sos Berperisa Tiram Mahsuri
30g Kicap Manis Pedas Mahsuri
10g serbuk pati ayam
50g sawi (dipotong kecil)
1 biji telur

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama campuran isi udang dan ayam.
Masukkan pes cili dan telur.
Kacau seketika.
Tambahkan nasi, sawi, sos tiram, kicap manis dan serbuk pati ayam.
Kacau rata sehingga masak dan hidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI