fbpx

MAIWP agih lebih RM4 juta untuk bantu pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris menyampaikan replika cek kepada Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Zulhan Ambi (kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar (tengah) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Wilayah Persekutuan Tahun 2022 di Hospital Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh SOFIAN BAHAROM

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Februari lalu telah mengagihkan bantuan perubatan kepada 1,736 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4,396,959.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, bantuan di bawah Skim Bantuan Perubatan itu merupakan satu daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan MAIWP.

“Melalui skim ini, pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

“Di antara bantuan yang disalurkan di bawah skim ini adalah bantuan heamodialisis, peralatan kesihatan, perubatan am dan kanak-kanak khas orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan 2022 di Hospital Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan MAIWP akan meneruskan sumbangan kepada 12 buah hospital yang akan menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.03 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI