fbpx

Mahkamah benar Ahmad Zahid dapat pasport untuk umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi mengerjakan umrah.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan Ahmad Zahid mendapatkan dokumen itu hari ini kerana beliau memerlukannya untuk proses membuat visa.

Mahkamah membenarkan permohonan bagi pelepasan pasport itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan bahawa pendakwaan tidak membantah permohonan tersebut.

Raja Rozela berkata, oleh kerana tarikh untuk mengerjakan umrah itu bertindih dengan tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan sebelum ini, maka hari perbicaraan yang dilapangkan sepatutnya digantikan dengan tarikh baharu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan mengerjakan umrah pada 21 April hingga 30 April ini.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pembelaan berharap pasport anak guamnya diberikan serta-merta kerana ia diperlukan untuk memudahkan urusan proses visa.

Ahmad Zahid akan mengaku janji memulangkan semula pasport itu pada 5 Mei ini. Hakim Collin menetapkan 13 April dan 15 April ini serta 1Julai untuk perbicaraan bela diri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI