fbpx

KPDNHEP keluarkan 88 kompaun dalam Ops Pantau setakat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kiri) beramah mesra bersama para peniaga ketika melawat tapak bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan sebanyak 88 kompaun kepada pengeluar, pemborong serta peruncit ayam dalam Ops Pantau yang bermula 3 April lalu hingga hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat kompaun dikenakan terhadap pengeluar, pemborong (13) dan peruncit (71).

“Antara kesalahan yang didapati ialah jual melebihi harga maksimum sebanyak 42 kesalahan, gagal menggunakan tanda harga khas (40) serta tidak pamer tanda harga (6).

“Kesemua jumlah kompaun yang dikeluarkan bernilai RM45,500 manakala jumlah sitaan yang dilaksanakan pula berjumlah RM19,528,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri di sini, hari ini.

Tambahnya, kementerian juga sedang menyiasat dakwaan kes peniaga diugut oleh pemborong untuk tidak mendedahkan sumber bekalan (pemborong) kepada pihak penguat kuasa.

“Mereka hanya katakan mereka dapat bekalan ayam berharga RM8.70 daripada pemborong dan terpaksa menjual pada harga yang tinggi bagi memperoleh keuntungan.

“Namun, ketika disoal siapakah pemborong itu, mereka tidak mahu dedahkan maklumat dengan mendakwa diugut tidak akan dibekalkan ayam jika dedahkan nama pemborong kepada pihak penguat kuasa,” ujarnya.

Katanya, pihak KPDNHEP akan menjalankan siasatan terhadap perkara itu bagi mengelakkan terjadinya unsur penipuan, penindasan serta memastikan setiap rantianan ini ada kejujuran dan tidak menganiaya mana-mana pihak.

Sementara itu, katanya, KPDNHEP sedang meneliti penambahbaikan peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memperketatkan lagi penguatkuasaan dalam menangani isu ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi (RON95) kepada kenderaan asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI