fbpx

‘Jangan mudah sangat buat pembayaran ke akaun ejen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayalan (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Johor Bahru baru-baru ini berkenaan sindiket penipuan pekerjaan.

JOHOR BAHRU – Sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Singa­pura sebenarnya telah wujud sejak sekian lama sehingga menyebabkan ramai warga tempatan menjadi mangsa dan kerugian ribuan ringgit.

Presiden Persatuan Pekerja Malaysia di Singapura (Pemas), S. Dayalan berkata, sindiket penipuan ini bagaimanapun sukar dikesan dan sentiasa menukar taktik mereka untuk menipu rakyat Malaysia khususnya yang terdesak mencari pekerjaan.

“Memang sindiket ini wujud sejak sekian lama biarpun ba­nyak laporan polis dan siri tangkapan dibuat oleh pihak ber­kuasa kedua-dua negara.

“Sebelum pandemik Covid-19 lagi, memang scammer ini aktif melakukan penipuan. Memandangkan sempadan kedua-dua negara telah dibuka, maka mereka tidak mahu melepaskan peluang ini selepas mengetahui keghairahan rakyat kita yang mahu bekerja di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Dayalan, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk mencari kerja di Singapura dinasihatkan agar menggunakan saluran yang betul.

Menurutnya, tindakan itu bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa sindiket peni­puan terutamanya tawaran pekerjaan yang tidak wujud.

“Kami ingin menasihatkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mahu cari kerja, gunalah saluran yang betul.

“Buat semakan dahulu terhadap iklan yang ditawarkan ejen dan sebagainya. Jangan mudah membuat pembayaran ke akaun-akaun yang mencurigakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI