fbpx

Ibu bapa degil tetap bawa anak kecil ke bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kanan) menegur seorang lelaki yang membawa anak kecil dengan tidak memakai pelitup muka di bazar Ramadan Pantai Irama, Bachok semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Ramai ibu bapa dilihat masih degil apabila tetap membawa anak kecil ke bazar Ramadan meskipun kerajaan menasihatkan agar tidak membawa ke kawasan yang sesak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, tinjauan di bazar Ramadan Pantai Irama di sini semalam mendapati ibu bapa seolah-olah tidak peka dengan saranan kerajaan.

Menurutnya, ibu bapa dilihat membawa anak mereka yang berusia 12 ke bawah tanpa memakai pelitup muka ke bazar Ramadan ketika waktu puncak iaitu semasa orang ramai mula memenuhi tapak perniagaan.

“Meskipun negara sudah beralih ke fasa endemik, ibu bapa seperti tidak peka dengan peringatan yang diwar-warkan melalui media sebelum ini.

“Kita ada menempatkan empat orang anggota polis di tujuh bazar Ramadan di daerah ini untuk menegur dan menasihati ibu bapa yang degil ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan Pantai Irama di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI