fbpx

EU bayar Rusia RM4.5 bilion setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borrell mendesak agar EU mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Putin dan menghantar lebih banyak senjata kepada Ukraine. - Al Mayadeen

BRUSSELS – Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell membuat pengakuan bahawa EU membayar hampir €1 bilion (RM4.5 bilion) kepada Rusia setiap hari untuk bekalan bahan api sejak perang di Ukraine bermula lebih sebulan lalu.

Menurut  akhbar Daily Mail, Borrell memberitahu Parlimen Eropah bahawa jumlah bantuan yang diberikan kepada Kiev adalah kecil berbanding wang yang dibelanjakan oleh EU untuk mendapatkan bekalan bahan api dari Rusia.

Pendedahan tersebut dibuat ketika beliau mendesak agar lebih banyak sekatan ke atas minyak dan arang batu Rusia.

“Kita telah memberi bantuan kepada Ukraine sebanyak  €1 bilion  tetapi dalam masa sama, EU turut membayar nilai sama setiap hari kepada Putin untuk bekalan bahan api.

“EU perlu terus membekalkan senjata kepada Ukraine. Rakyat Ukraine mengharapkan penghantaran lebih banyak senjata dari EU,” kata Borrell.

Menurutnya, kesatuan 27 negara itu  telah membayar Rusia sekitar 35 bilion (RM161 bilion) sejak  konflik di Ukraine bermula pada 24 Februari lalu.

EU mengecam pencerobohan Ukraine dan telah melaksanakan beberapa pusingan sekatan yang direka untuk melumpuhkan kewangan Kremlin.

Beberapa negara EU kini berusaha  untuk mencari  bekalan tenaga alternatif di tengah-tengah kebergantungan kepada sumber Rusia terutamanya gas asli cecair (LNG).

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kumpulan Tujuh(G7)  juga sedang menyediakan beberapa sekatan baharu ke atas institusi kewangan Rusia, perusahaan milik Moscow dan lebih ramai pegawai kerajaan Rusia serta ahli keluarga mereka.

Barat merancang untuk mengharamkan pelaburan baharu di Rusia, manakala Washington  melarang Moscow daripada membayar pemiutang dengan menggunakan wangnya yang disimpan  di dalam  bank-bank AS.

Namun, penganalisis-penganalisis berkata, langkah itu mungkin meningkatkan krisis ekonomi kepada rakyat Rusia tetapi tidak menjejaskan sumber pendapatan hasil eksport  tenaga negara itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI