fbpx

Dulu finalis Miss Indonesia, sekarang suri rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbezaan penampilan Lita ketika bergelar suri rumah tangga (kiri) dan semasa menjadi finalis Miss Indonesia pada 2018. - Wolipop

JAKARTA – Seorang ibu muda di Makassar, Indonesia menjadi tular apabila mendedahkan pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik Miss Indonesia sebelum bergelar suri rumah sepenuh masa, lapor laman Tribunnews.

Lita Hendrato, 26, memuat naik perjalanan kisah hidupnya di TikTok yang memaparkan dirinya ketika menyertai Miss Indonesia pada 2018 dan status dirinya pada masa ini.

Rakaman video itu menjadi tular kerana ramai netizen tidak menyangka bahawa wanita tersebut  sanggup melepaskan populariti demi menjaga keluarga di rumah.

Menurut Lita, dia bangga menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga sepenuh masa.

“Video itu hanya satu hiburan dan saya tidak menyangka ia menjadi tular. Sejujurnya, saya tidak menyesal memilih menjadi suri rumah tangga.

“Saya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga kerana tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti pembesaran anak,” jelasnya.

Tambah Lita, rakaman TikTok itu hanyalah sekadar imbas semula kenangan ketika dia masih remaja dan belum berkahwin.

Setakat ini, video itu sudah menerima lebih satu juta tontonan dan 40,000 komen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI