fbpx

Cubaan seludup anak lotong gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua menunjukan tiga ekor lotong yang dirampas hasil serbuan ke atas sebuah kereta di Jalan Dr Ismail, Mersing, semalam.

MERSING – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing berjaya mematahkan cubaan menyeludup tiga ekor anak lotong dalam Op Kontraband Landai (Bersepadu) di Jalan Dr Ismail, Mersing semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan di sebuah kereta yang sedang parkir di jalan berkenaan kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan tiga ekor anak lotong dalam sebuah sangkar plastik yang berada bahagian belakang tempat duduk penumpang kenderaan tersebut.

“Pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun mengakui pemilik kereta berkenaan bagi mambantu siasatan atas kesalahan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Semua rampasan telah dibawa balik ke Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing untuk pemeriksaan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, anggaran kasar nilai jualan seekor anak lotong adalah RM500 dan kes telah diserahkan kepada Pengawai Penyiasat Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI