IPOH – Sebanyak 36 letupan dijalankan bagi memecahkan bongkah batu kepada saiz yang lebih kecil sepanjang operasi mencari dua pekerja kuari tertimbus di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, bongkah batu bersaiz besar hingga mencapai berat ratusan tan merupakan faktor melambatkan usaha mencari mangsa yang bermula 8 Mac lalu.
“Secara purata, saiz sebuah bongkah batu ini boleh mencapai berat antara 50 ke 100 tan. Ini merupakan faktor yang melambatkan usaha pasukan penyelamat mencari mangsa sehingga ke hari ini,” katanya di sini hari ini.
Berita berkaitan: Seorang pekerja kuari dikhuatiri tertimbus
Berita berkaitan: Isteri yakin suami masih hidup
Menurut beliau, kerja-kerja mencari mangsa masih dijalankan di spot (titik) jengkaut tertimbus yang dikenal pasti oleh pakar geofizik daripada Universiti Teknologi Petronas – KOSMO! ONLINE