fbpx

Kawal diri bermesra dengan isteri di bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLEH bermesra dengan isteri di bulan Ramadan selagi mampu menahan nafsu.

Bolehkah semasa sedang puasa saya melakukan foreplay dengan isteri, tetapi tidak sampai berjimak?

Jawapan:
Isteri Nabi s.a.w Ummul Mukminin Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin al-Ajda’ mengenai hal ini.
Kata Masruq, aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”

Jawab Aisyah: “Semua perkara kecuali persetubuhan.” (Riwayat 39;Abd. al-Razzaq dengan sanad yang sahih).

Dalam riwayat al-Bukhari, Aisyah menyebut: “Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya.”(Riwayat al-Bukhari)

Seorang yang berpuasa boleh mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan.

Jika dia tahu bahawa tidak mampu mengawal diri jika bermesra dengan isteri, maka dilarang bermesraan yang akan membawa kepada jimak.

Ini seperti dalam hadis daripada Abd Allah bin ‘Amr bin al-‘As: Suatu hari kami berada di sisi Nabi s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”

Jawab baginda: “Tidak boleh”. Datang pula seorang tua bertanya: Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”

Jawab baginda: “Boleh”. Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani. Sahih secara syawahid)
Ertinya, jika seseorang mampu mengawal diri sekalipun muda, boleh melakukan semuanya kecuali jimak.

 

BOLEH bermesra dengan isteri di bulan Ramadan selagi mampu menahan nafsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI