fbpx

APMM tambah aset udara kesan tiga penyelam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR bagi mengesan tiga penyelam yang masih hilang di sekitar Pulau Tokong Sanggul, Mersing, Johor.

MERSING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki tiga lagi penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol di sini diperluaskan termasuklah dengan menambah aset udara dalam operasi yang masuk hari ketiga hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia Maritim (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kawasan pencarian bagi aset laut melibatkan kawasan seluas 335 batu nautika manakala keluasan pencarian aset udara melibatkan 739 batu nautika.

Katanya, pencarian melibatkan empat pesawat udara melibatkan dua helikopter milik APMM, satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Manakala bagi aset permukaan ada 11 bot dari pelbagai agensi. Terdapat sokongan diberikan oleh pihak awam, iaitu nelayan dan sebagainya. Hari ini juga ada penglibatan 10 jet ski dari pihak awam.

“Ada tambahan aset yang kita gerakkan iaitu pesawat Bombardier Maritim maknanya endurance di laut lebih panjang dan meliputi kawasan lebih luas.

“Jadi kita harapkan dengan tambahan pesawat, jangkauan pencarian akan lebih jauh dan kemungkinan jumpa mangsa lebih tinggi,”katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini hari ini.

Tambahnya, kawasan pencarian turut diperluaskan ke arah Selatan juga ke perairan Sedili dan ke luar Timur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI