fbpx

Hujan lebat di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis, manakala Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

“Hujan lebat dijangka melanda Perak termasuk di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara itu, di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca yang sama dijangka melanda kawasan Pantai Timur melibatkan keseluruhan Pahang.

“Selain itu, ribut petir dijangka melanda Negeri Sembilan di kawasan Jempol, manakala Selangor pula melibatkan daerah Hulu Selangor.

“Bagi Johor cuaca yang sama akan berlaku di daerah Mersing, Kluang dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda Sarawak termasuk Serian, Samarahan di Simunjan, Sri Aman, Betong di daerah Pusa dan Betong, Sarikei di Meradong, Sibu serta Selangau, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu melibatkan (Subis).

Kata MetMalaysia, kawasan terlibat di Sabah pula Pedalaman sekitar Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran), Tawau di kawasan Lahad Datu, Sandakan termasuk daerah Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat serta keseluruhan Labuan.

“Aamaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,”jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI