fbpx

4 PATI bawa senapang angin, sabit diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini tidak berhasil apabila mereka ditahan bersama seorang transporter dalam serbuan di kawasan tepi Sungai Kampung Bakar Batu, di sini tengah malam tadi.

JOHOR BAHRU – Cubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini tidak berhasil apabila mereka ditahan bersama seorang transporter dalam serbuan di kawasan tepi Sungai Kampung Bakar Batu, di sini tengah malam tadi.

Bukan sahaja tekad menyelinap masuk secara haram kira-kira pukul 12.15 tengah malam malah mereka berani membawa selaras senapang angin buatan sendiri beserta tiga bungkus peluru serta tiga bilah sabit.

Antara senjata yang dirampas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, keempat-empat suspek lelaki yang ditahan itu berusia antara 35 hingga 50 tahun.

“Kesemua mereka ditahan ketika anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah Perodua Bezza yang berada dalam keadaan mencurigakan pada pukul 12.15 tengah malam.

“Sejurus ditahan, keempat-empat suspek telah gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, soal siasat terhadap semua suspek yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu memaklumkan senapang angin berkenaan digunakan bertujuan untuk memburu.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI