fbpx

1,000 bekas bubur lambuk udang lipan jadi rebutan penduduk di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubur lambuk udang lipan menjadi juadah popular di Perlis.

KUALA PERLIS – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bubur lambuk udang lipan atau lebih dikenali dengan nama kanji udang lipan dalam kalangan penduduk tempatan yang diagihkan secara percuma di Kampung Tengah, Seberang Ramai di sini kelmarin.

Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Tengah bermula pukul 4.30 petang.

Penduduk Beseri dekat sini, Syamil Mohamad Zahari, 27, berkata, dia yang mahu ke rumah sepupunya singgah di dewan tersebut selepas melihat ada program pengedaran bubur lambuk percuma.

“Saya teruja kerana dimaklumkan bahawa penganjur mengedarkan bubur lambuk udang lipan yang menjadi juadah popular di sini pada bulan Ramadan,” katanya.

Penduduk kampung teruja untuk mendapatkan bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi tradisi
turun-temurun selain menggunakan beras bermutu tinggi yang disumbangkan oleh Beras Era.

Syamil berterima kasih kepada penganjur program iaitu Beras Era dan syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. serta penduduk kampung yang bergotong-royong memasak juadah berkenaan.

Penduduk Kampung Baru Seberang, Halimah Husin, 62, berkata, dia sangat menggemari bubur lambuk yang disediakan mengikut resepi tradisi turun-temurun penduduk di situ.

“Bubur lambuk ini lengkap dengan rasanya yang berlemak selain rasa ‘manis’ tanda udang lipan tersebut masih segar ” katanya.

Sementara itu, tukang masak, Abdul Aziz Salleh, 57, berkata, beras Era yang digunakan sangat berkualiti kerana tekstur bubur lambuk yang siap dimasak dalam keadaan elok dan tidak hancur.

“Kami memasak tiga periuk bubur lambuk dalam masa kira-kira dua jam sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar,” terangnya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI