SEJAK kontroversi adegan panas lakonannya bersama Siti Hariesa tercetus, Zul Ariffin mengambil keputusan untuk menyepi seketika dalam Instagramnya.
Mungkin kerana terlalu banyak kecaman yang menikam dada dan menjauhkan diri seketika adalah jalan terbaik baginya.
Namun, seperti sudah reda, Zul menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama kapsyen berbaur motivasi, sempena awal Ramadan beberapa hari lalu.
“Apabila keadaan semakin sukar berlaku, individu yang kuat akan mengharunginya. Salam Ramadan semua,” tulinya ringkas.
Harap pelakon kesayangan ramai itu akan terus teguh dan tidak sesekali ‘tumbang’ selepas dirinya dilanda kontroversi seperti sebelum ini.
Kecam-kecam pun, tipulah kalau Zul muncul dengan drama baharu, kalian semua tukar saluran televisyen kan?
MIZZ LAHAR: Ramai dan mula benci tengok lakonan Nad Zainal dalam drama Dendam Seorang Isteri. Menjadi sungguh kejahatannya.