fbpx

Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan model dan selebriti Rusia yang memotong tas tangan Chanel mereka sebagai tanda protes ke atas jenama mewah itu. - Daily Mail

MOSCOW – Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg  Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas  dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang  di Ukraine, lapor akhbar MailOnline semalam.

Rakaman video  menunjukkan model dan selebriti Rusia menggunting beg Chanel milik mereka itu dimuat naik ke laman sosial.

Chanel juga  meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli barangannya  untuk menandatangani aku janji bahawa mereka tidak akan memakai atau memaparkan jenama itu di Moscow.

Ketika kebanyakan golongan elit Rusia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung  perang atau kematian yang berlaku di Ukraine, sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka terasa seperti menjadi sasaran kempen  ‘Russophobia’ atau fobia dengan Rusia.

Pelakon Rusia, Marina Ermoshkina, 28, menganggap  tindakan Chanel itu tidak wajar dan  dia menentang mana-mana jenama yang menyokong Russophobia.

“Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel,” katanya

Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42, pula berkata,  Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.

“Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel,” tulis Bonya.

Dalam satu kenyataan pada minggu ini, Chanel berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Kami memahami bahawa langkah-langkah ini yang bertujuan mematuhi keperluan undang-undang, mungkin menimbulkan kesulitan tertentu untuk sesetengah pelanggan,” tulis kenyataan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI