fbpx

Choong Hann yakin kemampuan Tze Yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berharap pemain negara, Ng Tze Yong terus mengutip pe­ngalaman berharga ketika bersaing di pentas antarabangsa.

Choong Hann menegaskan, perjalanan pemain berusia 21 tahun itu masih lagi jauh meskipun menampilkan aksi cukup positif selepas mengesahkan tiket ke kelompok 16 terbaik dengan menewaskan pemain Finland, Kalle Koljonen 21-13, 21-15 di Terbuka Korea, Suncheon.

Hasil kemenangan tersebut, pemain kelahiran Johor itu akan bertemu pemain tuan rumah, Kim Donghun bagi perebutan tempat ke suku akhir esok.

“Kita lihat Tze Yong bermain dengan permainan cukup lengkap ketika mengatasi wakil dari Finland tersebut. Jadi ia adalah satu permulaan yang baik baginya.

“Apa pun, saya nampak dia perlu fokus satu perlawanan dan tidak memikirkan terlalu jauh. Kejohanan perlawanan antarabangsa seperti ini baik buatnya untuk cari pengalaman dan belajar sesuatu.

“Saya harap dia juga belajar untuk tampil lebih baik bagi mencari kemenangan. Kalau dia bermain dengan baik, mungkin ada rezeki dia mara ke pusingan seterusnya. Buat masa ini saya tidak fikir terlalu jauh,” katanya.

Selain Tze Yong, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei turut cemerlang selepas membenam cabaran pemain India, HS Prannoy 21-17, 21-7 dan akan berdepan Weng Hong Yang dari China.

Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei yang membuat kemunculan semula tampil dengan aksi memukau selepas mengejutkan pemain Jepun, Asuka Takahashi pada pusingan pertama Terbuka Korea Selatan,

Jin Wei yang berada di ranking ke-127 berjaya menjinakkan lawannya di ranking ke-52, dengan kemenangan 21-19, 16-21, 21-17 dan akan berdepan wakil tuan rumah Lee Se Yeo pada pusingan kedua.

Dalam saingan beregu lelaki, pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mudah mengatasi pasa­ngan India, Bokka Navaneeth-B Reddy Sumeeth 21-14, 21-12 bagi menempah pertemuan dengan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI