fbpx

Tiga ladang ayam di Manjung disiasat naikkan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MANJUNG – Tiga ladang ayam daging di daerah ini disiasat kerana disyaki menaikkan harga jualan ayam hidup dari ladang melebihi harga kawalan.

Ia hasil pemeriksaan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung pada Selasa dan Rabu lalu.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, siasatan awal mendapati peladang menjual antara RM6.05 hingga RM6.30 setiap kilogram berbanding harga kawalan RM5.60.

Menurut beliau, jualan pada peringkat ladang hendaklah tidak melebihi Skim Penentuan Harga Maksium Ayam yang berkuatkuasa mulai 5 Februari hingga 5 Jun ini.

“Semakan mendapati tiga peladang ini berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak dan beroperasi di sekitar daerah Manjung.

“Bekalan ayam adalah untuk edaran di sekitar negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiga kertas siasatan telah dibuka ke atas peladang-peladang ini dan siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI