fbpx

Tempoh pengecualian bayaran tol Tambak Johor, Tanjung Kupang tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tempoh pengecualian bayaran tol bagi pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan merentasi sempadan negara melalui plaza-plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (LInkedua) akan berakhir esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, sehubungan dengan itu, bermula 8 April 2022 ini semua operasi kutipan tol akan berjalan seperti biasa.

“Pelanggan lebuhraya PLUS dinasihatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go serta e-Wallet Touch ‘n Go mereka aktif dan mempunyai baki yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan yang lancar dan tidak terganggu apabila operasi kutipan tol tersebut bersambung.

“Manakala, pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID untuk sistem VEP turut boleh mula menggunakan sistem tersebut di lorong RFID di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu katanya, bagi pemandu Singapura yang bercadang menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka di Johor, mereka boleh berbuat demikian di lapan pusat tambah nilai di lebuhraya Linkedua.

“Selain itu, terdapat banyak pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di lokasi-lokasi sekitar Tambak Johor. Secara amnya, stesen minyak dan kedai serbaneka 24-jam turut menyediakan perkhidmatan menambah nilai kad Touch ‘n Go.

“Sebagai tambahan, urusan tambah nilai turut boleh dilakukan di kiosk layan diri di plaza tol dan kawasan rehat yang terpilih,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu katanya, pelanggan lebuh raya juga boleh merancang perjalanan mereka apabila memuat turun Aplikasi PLUS yang boleh menghubungkan pelanggan terus ke talian PLUSLine 1800 88 0000 sekiranya berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI