fbpx

Rumah penuh lampu kelip-kelip macam taman tema curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suasana meriah di halaman sebuah rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis lampu kelip-kelip.

PETALING JAYA – Dalam keterujaan menyambut raya pada awal Mei nanti, sudah pastinya ramai mula membuat persiapan sepanjang tempoh bulan Ramadan ini.

Seperti perkongsian video oleh Basyira di media sosial, memaparkan suasana meriah di halaman rumah ibu bapanya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis lampu kelip-kelip LED.

Menurut wanita itu, bapanya menggunakan tenaga solar bagi menghidupkan kesemua lampu-lampu tersebut pada waktu malam kerana lebih menjimatkan kos elektrik.

Sementara itu, kapsyen yang ditulis pada video tersebut juga mencuri tumpuan ramai dan rata-ratanya teruja melihatkan keadaan rumah berkenaan yang meriah dengan kepelbagaian warna lampu yang dihiaskan di setiap sudut halaman.

“i-City, Shah Alam bukan, i-City di rumah ya. Lampu kelip kelip kat rumah sendiri sahaja, gigih mak pak (ibu bapa) aku hias macam ini,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan menggunakan lampu-lampu tersebut agar menghidupkan suasana malam di rumahnya sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi rakaman berkenaan, antara bentuk kreatif yang dibuat adalah Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC), kereta, basikal, wau, kapal terbang dan pelbagai rekaan menarik lain.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai menerusi ruangan komen.

“Wah, seronoknya, nanti kalau datang beraya waktu malam la, lebih menarik dapat tengok lampu warna warni,” ujar seorang pengguna.

“Kalau meriah macam ini, awak buka kaunter tiket depan rumah, mesti jadi tarikan orang ramai dan pelancong, cadangan sahaja, mana tahu duit poket raya,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI