fbpx

Rumah Idaman mampu milik dijual RM250,000, lengkap perkakasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika pengumuman mengenai rumah idaman Bukit Jelutong, hari ini.

SHAH ALAM – Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit Jelutong, di sini ditawarkan pada harga mampu milik dengan dilengkapi beberapa perkakasan asas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seunit rumah tersebut yang mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi akan dijual pada harga RM250,000.

“Saya rasa tidak ada projek perumahan mampu milik di Malaysia dijual pada harga ini dan dilengkapi tiga almari pakaian, sebuah kabinet dapur dan sebuah televisyen bersaiz 32 inci.

“Selain itu, rumah ini turut mempunyai tiga buah penyaman udara, sebuah peti ais dan dua buah mesin pancuran air,” katanya ketika mengumumkan pembinaan projek Rumah Idaman secara atas talian, hari ini.

Difahamkan terdapat 1,260 unit rumah akan dibina menerusi projek tersebut.

Jelas Amirudin, setiap unit rumah akan mempunyai tiga buah bilik tidur bersama dua buah bilik air selain balkoni dengan disediakan dua tempat letak kenderaan bagi setiap pemilik rumah.

Tambah beliau, pembinaan akan dilakukan oleh syarikat pemaju, Nadi Cergas Development Sdn. Bhd. (Nadi Cergas Development) yang turut mempunyai beberapa projek pembangunan di Putrajaya dan Ulu Yam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI