fbpx

Profil ‘kekasih Putin’ dipadam daripada laman web

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin bersama Kabaeva ketika wanita itu memenangi pingat emas Sukan Olimpik dalam acara gimnastik. - wikicommons

MOSCOW – Nama dan gambar wanita yang didakwa ‘kekasih’ Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan lenyap secara tiba-tiba daripada laman web empayar media yang dikuasainya, lapor akhbar Daily Mail semalam

Alina Kabaeva, 38, merupakan pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Nasional (NMG), namun profilnya hilang di tengah-tengah kebimbangan terhadap sekatan Barat.

Tiada penjelasan daripada NMG selepas lembaga itu memadam nama dan gambar Kabaeva bersama pengarah lain. Laman web itu hanya memaparkan halaman kosong.

Kabaeva memegang jawatan pengerusi NMG  sejak 2014 walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam media atau perniagaan sebelum ini.

Wanita itu memilih untuk tidak memberi pendapat secara terbuka mengenai perang di Ukraine tetapi medianya lantang menyatakan sokongan padu kepada Putin.

Terdapat spekulasi bahawa dia dan keluarganya serta orang kuat Kremlin yang lain kini  bersembunyi, sama ada di Switzerland atau salah satu daripada beberapa kubu kuat Rusia di wilayah Ural, Artik atau Siberia.

Khabar angin mula mengaitkan dia dan Putin sebagai pasangan kekasih sejak 2008 ketika menjadi ahli Parlimen pro-Kremlin.

Akhbar yang mencetak cerita itu diarahkan tutup dengan pantas.

Putin yang bercerai dengan isteri pertamanya, Lyudmila pada 2013, sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya mempunyai kehidupan peribadi di mana saya tidak membenarkan campur tangan daripada mana-mana pihak dan ia mesti dihormati.

“Saya juga tidak menggemari mereka yang suka menyibuk dalam  privasi orang lain tanpa sebarang kebenaran,” kata Putin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI