fbpx

Produk Kinder Egg Britain ditarik dari pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kinder Surprise dikhuatiri menjadi punca jangkitan salmonella dalam kalangan kanak-kanak di Britain. - PA

LONDON – Agensi Piawaian Makanan (FSA) Britain memperluaskan penarikan semula beberapa produk selepas coklat Kinder Surprise dipercayai menjadi punca jangkitan bakteria  salmonella dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Selain Kinder Surprise, beberapa produk coklat seperti Kinder Mini Egg, Kinder Egg Hunt Kit dan Kinder Schokobons juga dikhuatiri tercemar.

Penarikan semula itu berlaku selepas lebih 60 kes salmonella di Britain dikaitkan dengan Kinder Egg Surprise. Syarikat itu mengeluarkan kenyataan amaran berhubung perkara tersebut awal minggu ini.

Sekitar 40 daripada kes keracunan makanan itu  melibatkan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah tetapi tiada kematian dilaporkan, demikian menurut FSA.

Semua coklat yang ditarik balik itu memiliki tarikh luput dari 20 April 2022 sehingga 21 Ogos 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI