fbpx

Penyelam warga Norway ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kristine Grodem yang ditemui selamat dibawa pasukan perubatan ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

MERSING – Seorang penyelam warga negara Norway, Kristine Grodem, 35, yang ditemui selamat dibawa menaiki helikopter dari unit udara APMM di Stadium Mini di sini.

Jurulatih penyelam itu dibawa menaiki helikopter kira-kira pukul 12.05 tengah hari sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan lanjut.

Kristine dipercayai dalam keadaan baik selepas dilihat mampu berjalan sendiri selepas menuruni helikopter.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Penyelam yang masih hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14, serta seorang lagi wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18.

Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa diteruskan hari ini yang memasuki hari kedua. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI