fbpx

Peniaga kecewa tapak bazar macam kawasan bendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan salah satu tapak bazar Ramadan di Pasir Puteh, Kelantan.

PETALING JAYA – Para peniaga yang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan pastinya akan dikenakan bayaran sewa tapak sepanjang tempoh berniaga.

Namun, menjadi kemarahan sesetengah peniaga adalah apabila tapak yang disediakan tidak diselenggara dengan baik sedangkan kadar bayaran yang dikenakan agak tinggi bagi setiap penyewa.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook menunjukkan keadaan salah satu tapak bazar Ramadan di Pasir Puteh, Kelantan yang berlubang-lubang serta berlecak seolah-olah seperti kawasan bendang.

Keadaan seperti ini menyukarkan orang ramai untuk berkunjung kerana permukaan jalan tidak sekata dan kurang selesa.

“Masa rancang nak buat bazar di sini dulu tak buat ke kajian tapak? Ke main ‘hentam’ sahaja, pihak pengurusan daerah Pasir Puteh mana.

“Sewa mahal kalau tapak selesa tak apa, ini tidak,” tulisnya menerusi satu hantaran baru-baru ini.

Semalam, dia sekali lagi berkongsi tindakan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan dengan memindahkan beberapa buah khemah peniaga ke kawasan bertar.

“Akhirnya keputusan diambil untuk mengalihkan khemah keatas kawasan bertar di hadapan astaka. Muat ke tidak tak tahu,” katanya.

Tambahnya, hanya enam khemah sahaja yang dialihkan sedangkan tapak peniaga lain juga bermasalah dan memerlukan pemindahan ke kawasan lebih selesa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI