fbpx

Operasi SAR kesan 4 penyelam warga asing hilang diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (tiga dari kanan) meninjau pusat operasi SAR empat warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

MERSING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat penyelam warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, di sini semalam diteruskan pukul 8 pagi tadi.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan remaja warga Belanda, Nathan Renze, 14.

Dua lagi penyelam merupakan seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18, dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35.

Difahamkan kesemua mereka mempunyai lesen menyelam, sementara Kristine merupakan Dive Master.

Laporan awal mendapati, keempat-empat penyelam tidak timbul selepas melakukan latihan selaman pada pukul 12 tengah hari.

Op Carilamat digerakkan kira-kira pukul 2.35 petang semalam melibatkan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maritim Malaysia, Grup Gerak Khas (GGK), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perikanan.

Seramai 61 anggota dan 12 pegawai pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat turut meninjau pusat operasi di Jeti Penguatkuasaan Maritim, Mersing. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI