fbpx

Nokia E90 Comunicator, masih dirindui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nokia E90 Comunicator merupakan peranti paling canggih ketika eranya

PETALING JAYA – Mungkin generasi baharu tidak mengenali gajet paling popular ketika era milenium iaitu Nokia E90 Communicator.

Model telefon ini merupakan peranti paling canggih berbanding pesaingnya ketika itu dan menjadi pilihan bagi golongan profesional.

Apa tidaknya, kecanggihan peranti itu membolehkan penggunanya membuka e-mel secara terus dan berbentuk ala komputer riba.

Tinjauan di beberapa laman jualan secara dalam talian menunjukkan harga Nokia E90 masih kekal iaitu RM3,309 seperti harga asal ketika diperkenal pada 2007.

Rata-rata orang ramai yang mempunyai pengalaman menggunakan peranti ini turut berkongsi kisah masing-masing.

“Dulu kalau siapa pakai telefon ini dia paling berjaya, buka dekat meja kedai mamak dengan gaya lipat memang mengancam,” ujar Mat Yuoh Larkin.

“Ayah saya menggunakan telefon ni. Boleh hantar e-mel sebab dilengkapi 3G,” jelas Malisa Suraya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI