fbpx

‘Mana mahu cari RM3,000 sebulan?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Faizah memangku anak bongsunya, Nur Airis yang menderita buah pinggang bocor ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Tanah Pemuda Kampung Bukit Dinding, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah realiti yang dilalui seorang ibu muda, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, apabila terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk menjaga anak­nya yang sakit selepas kematian suaminya pada Januari lalu.

Anak bongsu Nor Faizah, Nur Airis Maisarah Mohd. Zulkarnaen, 3, mengalami masalah buah pinggang bocor.

Nor Faizah berkata, selepas suaminya meninggal dunia pada 31 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah, dia mengambil alih tanggungjawab menyara empat anaknya berusia tiga hingga 14 tahun.

“Sebelum ini, Nur Airis menderita penyakit bahagian usus dan hati ketika berusia dua tahun, tetapi semakin pulih setelah mendapat rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur hujung tahun lalu.

“Namun, kini anak saya menanggung penyakit buah pinggang bocor. Saya tidak tahu bila pembedahan akan dilakukan kerana dia tidak berselera makan dan cuma meminum susu,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Rancangan Tanah Pemuda Kampung Bukit Dinding di sini baru-baru ini.

Menurut Nor Faizah, pada ma­sa ini, pendapatannya hanya bergantung kepada menjual ketupat.

Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa, namun cukup-cukup makan untuk membeli barangan keperluan dapur dan persekolahan tiga anaknya.

“Buat masa ini, saya berdepan kesukaran menampung perbelanjaan Nor Airis kerana dia perlukan susu dan membeli lampin pakai buang dan kos berulang- alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan sehingga RM2,000.

“Saya pernah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, tetapi kesemua wang itu dibelanjakan untuk rawatan dan pembedahan penyakit bahagian usus dan hati Nur Airis pada tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Nor Faizah, dia memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan untuk menampung ke­semua keperluan tersebut pada setiap bulan.

“Mana saya mampu mencari wang sebanyak ini,” katanya yang menderita penyakit hipertiroid.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Nor Faizah bernombor 0610541100001386 atau menghubunginya talian 013-6958230.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN