fbpx

Lelaki dijel 14 tahun 4 sebatan, ‘himpit’ anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

MELAKA – Perbuatan keji seorang bapa tujuh anak melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya berbalas selepas dihukum penjara 14 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman terhadap tertuduh yang berusia 46 tahun itu dibuat Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin selepas lelaki itu membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Di hadapan Maziah, tertuduh sebagai bapa kandung dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun 11 bulan.

Kesalahan dilakukan pada waktu tengah hari di sebuah rumah di Bukit Rambai, Melaka Tengah antara pertengahan sehingga akhir Oktober 2018.

Bagi kesalahan itu, pemandu kren tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Di hadapan Nariman, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama yang ketika itu berusia 11 tahun di lokasi sama pada 23 November 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI