fbpx

JDT, PJ City mengaum di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain JDT, meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2022 antara KL City menentang JDT, di Stadium Bola Sepak Cheras, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan status mereka selaku pasukan pilihan musim ini selepas merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 3-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora itu berjaya mendahului saingan seawal minit ke-18 hasil ledakan pemain import, Fernando Forestieri.

Nasib pasukan tuan rumah bertambah malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila tonggak pertahanan, Kenny Pallraj dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas melakukan kekasaran ke atas Leandro Dos Santos.

Keputusan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pelawat yang meraih gol kedua hasil ledakan penalti yang dilakukan oleh Bergson da Silva minit ke-82.

Bergson sekali lagi menjadi duri dalam daging skuad Warga Kota denga meledak gol ketiga pada masa kecederaan dan keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, di Stadium MB Petaling Jaya, skuad Petaling Jaya City (PJ City) mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, penyerang skuad The Phoenix, Darren Lok membuktikan ketajaman dengan meledak hatrik pada minit ke-12, m-31 dan m-38 untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan tuan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI