fbpx

Inspektor didakwa rogol, lakukan seks luar tabii, cabul tahanan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Teevagar Gabrialnayagam (kiri) selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, lakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita di pejabatnya tahun lalu.

Tertuduh, A. Teevagar Gabrialnayagam,30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun dengan kerelaannya yang diperoleh oleh tertuduh menggunakan kedudukan kuasa terhadap mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, Teevagar Gabrialnayagam didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita sama dengan niat untuk melakukan pencabulan terhadap kehormatannya.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di bilik pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 3 petang hingga 5.30 petang pada 5 Jun 2021.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai merogol seorang tahanan wanita yang juga janda di pejabatnya di IPD Kota Bharu di sini.

Tidak cukup dengan itu, wanita yang mempunyai dua anak tersebut dipaksa melakukan seks oral oleh pegawai polis itu.

Berdasarkan siasatan, wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama bersama bekas suaminya selepas dipercayai memiliki pil kuda dan syabu pada 4 Jun lalu.

Siasatan mendapati, pegawai polis itu memaklumkan bahawa kes yang dihadapi wanita tersebut boleh diselesaikan sekiranya dia menuruti kehendaknya.

Bagaimanapun, wanita itu dan bekas suaminya telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 15 Jun tahun lalu bersama bekas suaminya atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI